Friday, July 20, 2007

Fascinating Bukit tinggi


Day 1

Dah hamper 2 bln tapi citer tang trip ke Bukit Tinggi, Indonesia masih tidak siap lagi. Asyik tertangguh je. Tak ada feel, banyak kerja dan macam-macam lagi. Tapi kuatkan juga semangat nak tulis tentang trip nie. Saja nak cungkil bakat yang terpendam dalam bidang penulisan. Mana tau boleh jadi penulis terkenal satu hari nanti.

Trip ke bukit tinggi dianjur oleh syarikat tempat kerja. Masa buat perancangan ( bulan 2 tak silap) nak ke sana tiba-tiba dengar kawasan tu ditimpa gempa bumi. Terus tertanya-tanya jadi ke trip nie. Family pun risau gak. Maklum nak gi tempat yang berisiko. Tapi bos (merangkap mak cik sedara) kata kita nak gi lambat lagi. InsyaAllah selamat. Alhamdulillah akhirnya jejak gak kaki kat Bukit Tinggi.



First impression waktu sampai kat airport masa dalam kapal terbang, wow airport dia tepi laut. Memang cantik tengok dari atas bukan airport tapi laut.:) Boleh dikatakan airport diorang dibina dengan ciri minangkabau. Kecil je airport nie, boleh dikatakan seperti airport lama tapi yang nie lagi kecil. Tapi service tetap mantap.

Kedatangan di sambut oleh travel agen shan holiday. Bermulalah penjelajahan ke bukit tinggi yang memakan masa 90 minit seperti yang dikatakan. Tak sampai 10 minit perjalanan singgah sebentar di restoran lamun omar (tak ingat namanya .. main hentam je) minum pagi. Disini kalu nak teh susu namanya ‘teh nenen’ terdapat sedikit perbezaan penggunaan bahasa disini tapi masih boleh faham. Maklum serumpun. Disepanjang perjalanan terdapat parit di hadapan rumah yang mengalirkan air terjun. Yang unik penduduk di sini membasuh kain air menggunakan air tu. Walaupun parit tu besarnya macam longkang depan rumah tapi air yang mengalir memang besar. Tak der pencemaran langsung tapi ader la manusia yang tak bertanggungjawab buang sampah. Tapi air tu still bersih coz mengalir sepanjang masa.





Dipertengahan perjalanan kami berhenti sekejap di air terjun lembah anai. Sebelum sampai di situ ingat kan boleh mandi rupanya ia satu kawasan yang kecil je berada di tepi jalan raya besar. Maka ambil berkat basuh muka je. Kesannya bukan awet muda tapi jerawat tumbuh tak berhenti-henti.

Perjalanan diteruskan melalui lereng-lerang bukit yang curam berdebar-bedar gak hati. Yelah nampak curam tinggi. Tapi alhamdulillah berkat pengalaman pemandu tak seorang pun yang mabuk sepanjang perjalanan. Kesan peninggalan penjajahan belanda masih banyak terdapat dibumi bukit tinggi. Landasan keretapi, jalan raya kebanyakannya dibina semasa penjajahan belanda. Malah tidak hairan sekiranya penduduk di sini boleh berbahasa belanda.





Sesampai di bukit tinggi kami dibawa melawat ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (padang panjang). Walaupun ini tempat perlancongan tetapi kawasan sekitarnya agak terbiar. Cuma rumah panjang yang menjadi pusat dokumentasi dijaga dengan baik. Rumah besar ada 5 bilik. Tapi biliknya kecil je. Ruang tamu lagi besar. Kat sini diberi penerangan serba sedikit tentang kebudayaan minangkabau.



Perutpun dah rasa lapar. Tibalah masa untuk makan tenghari di RESTOREN PAK DATUK. Ayam goreng memang best. Kat sini lauk yang dihidangkan memang banyak ader dalam 10 lauk tapi semua sikit-sikit. So boleh la merasa semua lauk. Kalu lauk ayam ader dalam 5 jenis. Tapi lauk-lauk kat sini kurang pedas so makan kurang sikit. Tak selera chewah…. Tengok gambar jgn tak caya… 



Lepas makan kitaorang dibawa gi melontar!!!! (gi shopping) …. First day dibawa shopping kat kedai-kedai yang mahal sikit tak lah mahal sangat. Kat sini boleh guna kredit kad. Saper ader kk boleh lah shopping sakan. Antaranya kat Pandai sikek merupakan tempat pelancongan (tempat nie ada disebut dlm lagu ayam den lopeh-lagu kebudayaan org minangkabau). Walaupun nie kawasan pelancongan tapi persekitaran seperti di kawasan kampong. Jalan pula hanya boleh muat 1 kenderaan satu-satu masa.



Lepas abis melontar kita check in di Hotel Pusako (4 star or 3 star hotel). Kemudahan kat sini memang best. Landskap yang cantik. Setiap bilik ader corridor sendiri. Memang best. Tapi lupa nak gb dalam bilik.. Kat kawasan luar bilik ader.



Malam gi makan then ader persembahan kebudayaan. Mula2 tu mengantuk gak. Tapi dah nak abis tu seronok lak..