Thursday, November 24, 2011

DAH BESAR

Mmmmm... geram betul hari nie... macam2 adik seorang nie.... tiap2 hari dapat ceramah pun tak reti2 lagi.. naik letih mulut mak berceloteh... kesian kat mak.... pastu jawab orang dah besar la mak... tau la orang nak jaga diri... nasihat jgn berkawan orang bermasalah pun tak nak dengar... bila dah terkena kat diri sendiri sedar la kejap... pastu buat balik.... mmmm malas nak fikir... kalu fikir boleh jadi stress.... so jawab je la dia dah besar tau la dia nak jadi aper... sebab tu jawapan yang selalu dia bagi bila kita berborak ngan dia.... hahahahhah (sedih dalam tawa nie....) sedih sangat2 ... tapi dia yang pilih jalan tu.... dia nak jadi camtu... bukan kita tak nasihat... nak berbuih-buih mulut dah.... what should i do?.... melihat dan melihat lagi... macam mana kita nak bagi nasihat kalu dia sendiri tak merubah hidup dia sendiri... ramai warga negara asing boleh hidup kat malaysia boleh jadi kaya raya boleh bina banglo tapi rakyat malaysia sendiri malas nak berusaha.....berdoa dan berdoa tu saja yang mampu dilakukan... moga Allah buka pintu hatinya supaya menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat... bukan salah didikan ibu bapa.... tetapi hati dan iman yang terlalu lemah dengan nafsu duniawi hingga terlupa kepada akhirat... lupa kepada ibu bapa yang banyak berkorban demi anak2 lebih2 lagi dizaman dunia tanpa sempadan.... mmmm masing2 dah besar just thingking the best for yourself not for other banyak lagi cara lain untuk hidup dengan gembira, bahagia dan tenang... pilihan terletak ditangan kita... tiada siapa memaksa kita untuk berkawan dengan siapa, keje ape.... nak buat aper... semua your choice.... Allah bagi otak cubala berfikir.... walaupun otak tu kecil tanpa otak matilah manusia.... hebat ciptaan Allah tapi manusia itu sendiri yang memilih jalan hidup sendiri... oooppppsss apa yang dimerapukan nie.... kwakwakwa... luahan perasan di pagi khamis... wasalam....

Wednesday, November 23, 2011

Saat Free Melampau

Naik pening kepala bila datang ofis tak der keje... kwakwkwakwaka.. konon pekerja contoh la nie... setakat seminggu tak keje ok lagi nie dah berminggu tak job yang memerlukan otak bergegar... poning gak kelapa den... setakat kerja celah gigi je yang datang.... hahahahahah.... nak layan FB pun dah boring... so tulis dalam blog yang aku tengah bosan... hahahahhahah..... tapi bila time keje tengah berlambak... sampai nak muntah pun tak siap2 gak... sampai nak pengsan buat keje pun tak siap gak... ambik ko... time free nie nak koje time ader koje baru mengaru kepala... apalah yang dimerapukan nie... sekian saja.... otak dah biul jap... gara2 tak diservis beberapa minggu.... hahahahah

Monday, November 21, 2011

BROGA KE 4

Broga lagi... jgn muntah tengok gambar broga nie udah la.... dah dirasuk antu broga... weekend ari tu gi lagi... gi ngan member2 gym lak..... sepanjang perjalanan hujan lebat... punya la berdoa kat broga tak hujan .... alhamdulillah doa dimakbulkan... kat broga dah tak hujan... tapi jalan licin dan banyak lopak2 air... jadi kena berhati semasa mendaki dan turun bukit.... pergi kali nie memang the best weather.... angin bertiup sampai boleh terasa kabus terkena kat muka....memang nyaman je rasa... terasa macam kat atas awan.... tiap2 kali pergi cuaca memang 100% berbeza...

me n cousin

senyum tak perlu kata apa2... the 4th achievement menawan broga

kul 6 lebih dah sampai kat atas... naik gelap2 tak terasa sangat penat...

gaya bebas

rescue...rescue.... tak keje... tunggu yang lain lambat sangat

hahahahhaha... sampai juga akhirnya

member gym yang gi... tapi tak cukup lagi 3....

i want to fly... fly... fly

Wednesday, November 16, 2011

Khasiat Buah belimbing Besi


Semalam beli buah belimbing kat pasar malam.. sedap dan ranggup.. lama dah tak makan.. pastu search dalam internet khasiat buah nie... ooo rupanya banyak gak khasiatnya.. pasti ramai yang terlepas pandang dengan buah tempatan nie.... tapi sekarang memang susah nak cari buah belimbing... ingat zaman kanak2 dulu belakang rumah nenek kat melaka ader pokok nie.. buahnya sampai tak termakan oleh kitaorang... tapi sekarang pokok dah takder sejak penambahbaikan rumah nenek... pokok terpaksa ditebang... sayangkan... nie antara khasiat buat belimbing ..

ambil info kat blog nie.... http://srikandeh.blogspot.com/2010/03/khasiat-buah-belimbing.html ... mohon halal ilmu yang dikongsi...

Belimbing merawat kencing manis;tekanan darah tinggi; gingivitis atau radang gusi.

Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri Lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia. Terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh). Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.

Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera. Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar.

Kebiasaannya , buah belimbing besi dimakan segar. Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk.

Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam: menurunkan tekanan darah tinggi, anti oksida, anti kanser, melancarkan pencernaan, menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya. (Ini terbukti - kawan ofis minum air belimbing campur timun untuk kurangkan tekanan darah tinggi- sesiapa ader darah tinggi boleh amalkan nie)

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat India untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata .

Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm.

Walaupun banyak memberi manfaat, tetapi bagi pesakit penyakit ginjal harus berhati-hati

Monday, November 14, 2011

Broga Hills Kali ke-3

Sanggup bangun 4 pg sebab nak gi Broga... Mesti tertanya2 apa yang bestnya gi broga nie sampai dalam sebulan dah gi 3 kali... hihhihii... memang best panjat bukit nie sebab lepas penat lelah memanjat nampak pemandangan yang sangat2 indah... masa mendaki dalam hati berkata-kata kenapa lah aku boleh berada di sini di awal pagi.. kaki berat semacam je... pas nie macam malas je nak daki lagi... tapi bila dah sampai kat atas semangat nak mendaki lagi pas nie membuak-buak... lagi2 dapat menghayati matahari terbit... memang sangat-sangat2 indah... kwakwawkawak turun kaki bukit terus plan nak datang lagi after 3 weeks... kwakwakwak penangan broga... sesape yang mendaki dinasihatkan mendaki terus selepas solat subuh... sembahyang kat area petronas or masjid kat pekan semenyih... kalu mendaki gelap2 nie... semangat nak mendaki tu lain sikit... sebab kita tak nampak sangat ketinggian bukit nie... tapi kalu dah terang memang terasa penat giler-giler sebab dok fikir tingginya lambat lagi ke nak sampai... otak pun terus penat...

3 of us


me ... nampak kurus sikit... tu semua angle effects ... hihihi
masih dalam usaha mengurangkan 10kg dalam badan

bukti telah sampai puncak kihkihkih... kat puncak nie baru 2 kali..
second time gi tak naik coz ramai sangat orang beratur... malas nak naik

kali nie gi ngan gym trainer n 2 orang cousin...

Wednesday, November 9, 2011

Korban Time

yang bekerja keras

para penonton... hihii

sembelih lembu

dengan anak buah yang comel2...

lembu untuk di lapah

yang besar terover sikit..
yang kenit-kenit serius je


Raya haji tahun nie korban 3 lembu dan 2 kambing untuk aqiqah kembar anak pak cik sedara... jadi raya tahun nie meriah ngan makanan yang menambah kolestrol dalam badan.. Tapi dah buat persediaan awal dengan berpuasa selama seminggu untuk makanan yang dua hari ... kwakwakwakwak

Thursday, November 3, 2011

KEGEMUKSSSSKAN MELANDA

Hihihihi... lepas raya pose ari tu nafsu nak makan membuak-buak.... kadang satu hari tu sampai 2-3 makan nasi... mula berat still maintain tapi sebulan nafsu masih tak berubah baju dah terasa kecil kwakwakwak aka badan dah besar.... ambil gambar pun dah nampak berisi sikit... ooo no.... cuba tengok gambar bawah nie... hihihi...


pic kiri: berat 67kg pic kanan tudung syria pink: berat 71kg
tang muka nampak naik sikit tembam... mungkin pemakaian tudung..
kwakwakwa salahkan tudung pula... kihkihkih

ehhhh... nampak cam sama je... mmm maknanyer perasaan je la berat badan naik ...
psycho tul la... tapi tetap kena diet... nak kena capai berat ideal 57kg...


jadi lagi seminggu before raya haji.... satu tindakan perlu diambil... pose selama seminggu dibulan zulhijjah.... kalu tidak memang asyik mengunyah je... tak berhenti makan... adoi...

Alhamdulillah setelah 3 hari berpuasa berat drop dari 71kg ke 68kg... memang control makan giler-giler... menu setiap hari:

Sahur:
Air kosong secukupnya
2 biji kurma
kadang2 minum susu omega... kalu rajin buat... kalu malas minum air kosong je...
boleh makan roti 1-2 kpg

Berbuka :
Minum air yang banyak
Makan biskut 3 keping
roti 1-2 keping (boleh makan ngan telur goreng atau telur rebus)
buah-buahan
makan lauk sahaja : ikan, sayur-sayuran dlm kuantiti yang sedikit...

Petang : Gi gym 1 1/2 hours... cardio 1 hours n fitness 1/2 hours nie part paling wajib...wajib buat.... kalu tak berat badan tak turun....

Keputusan : 3 kg for 3 days....

Buat diet nie untuk seminggu je... bahaya buat lama2... pastu seminggu makan macam biasa tapi dalam kuantiti yang sedikit dan wajib gi gym... then nak buat lagi diet untuk seminggu nie sampai capai ideal weight 57kg ... sahaja buat besar... bior semangat sikit nak berdiet... kihkikih...

seminggu selepas hari raya pose aritu dah buat diet nie dan berjaya menurunkan berat sebanyak 5kg.... selama 5 hari.... tapi naik balik berat coz open house la, party la dan macam2 acara makan yang menyebabkan makan berganda2 kwakwakwakw....kali nie tak tau la berjaya ke tidak...

nak start diet nie memang memerlukan mental dan fizikal yang kuat... first day start macam2 rasa nak demam la, laparla... perut berbunyi tapi sekarang dah masuk hari ke4 dah ok sikit... walaupun ader rasa lapar tapi dah lali.... so boleh abaikan kelaparan tersebut... mental memang kena kuat... buat excersice kat gym pun kena mental yg kuat... kalu setakat lari2 anak tak cukup... kena buat yang hardnya.... insyaAllah boleh turun berat badan...

hihihi panjang lebar pula citer tentang my diet... hope berat dapat capai target 65-66 kg for raya haji... natural diet... tak perlu ubat-ubat hihihihihihi....

Wednesday, November 2, 2011

bila HATI berkata-kata

Hihihi... tajuk macam novel je... luahan perasaan... kadang2 bila hati berkata-kata syaitan pun mula menghasut... tu yang payah tu...coz keje syaitan memang nak menyesatkan dan memesong hati anak adamkan.. syaitan memang bekerja keras dalam bab2 nie... Anak adam yang lemah memang akan mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan..

Tu la kadang2 bila terasa tak puas hati dengan sesuatu nak luahkan tak mampu... yang mampu hanya berkata2 dalam hati... tapi payah sebab simpan dalam... lama2 boleh jadi stress...jalan termudah cepat2 beristifar mengingat Allah... supaya apa yang dibicarakan dalam hati tak menjadi penyakit yang berbahaya dan menjadi dendam yang mendalam...

Kadang2 kita rasa kerja yang kita buat tak setimpal dengan gaji diterima... Tapi cuba berfikir secara positif pasti kerja yang kena buat itu akan memberi rezeki yang berkah kepada kita... positif thinking will make u happy.. yea... alalalalalalalla..... so mari kita melakukan kerja yang diberi seikhlas mungkin.. InsyaAllah Allah akan memberi pelbagai nikmat yang tak terhingga dengan seikhlas tersebut.. buat sesuatu kerja kerana Allah pasti memudahkan segala keje... nie tazkirah untuk diri sendiri...dan sesiapa yang berminat ngan tazkirah nie...